HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Jun 2008

Peneroka terjejas teruk akibat harga minyak naik
Basiron Abdul Wahab


TEMERLOH (Hrkh) - Masyarakat Peneroka dipercayai akan terjejas teruk berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 41 peratus seperti diumum Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 4 Jun lalu, kata Ahli Jawatankuasa Lajnah Peneroka PAS Pusat, Che Zuhar Harun.

Katanya, peneroka yang memperolehi pendapatan dalam linkungan RM1,200 sebulan akan menghadapi masalah besar apabila kos sara hidup naik mendadak dalam masa dua bulan akan datang.

Ini kerana majoriti peneroka bergantung hidup kepada wang sara hidup pinjaman/pendahuluan daripada pemaju (Felda) yang jumlahnya di antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Menurutnya, dengan wang itulah peneroka menyara keluarga membayar bil air, eletrik, telefon dan pelbagai kos lain.

Ini sudah tentu menjadikan peneroka semakin miskin walaupuan harga komoniti kelapa sawit dan getah berada di paras stabil tetapi peneroka tidak merasai hasil kenaikan itu kerana ladang mereka diusahakan oleh pemaju (Felda).

"Pemajulah yang meraih keuntungan berganda hasil kenaikan harga komoditi, tetapi peneroka hanya mendapat wang sara hidup (pinjaman) daripada Felda dan mereka akan membayar balik wang itu apabila tiba masanya nanti," kata beliau.

Difahamkan Felda memberi pinjaman sara hidup diantara RM1,200 - RM1,500 sebulan kepada setiap peneroka yang menyerahkan ladang mereka kepada Felda untuk di tanam semula. Felda akan membuat potongan bulanan apabila ladang mengeluarkan hasil.

Menurut Zuhar, dalam keadaan bahan api belum dinaikkan peneroka sudah mengalami kesusahan keadaan tentulah keadaan lebih parah selepas ini. "Kesan daripada kenaikan harga bahan api akan dirasai dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang, mungkin hari ini kesannya belum dirasai lagi tetapi lihatlah nanti apabila semua barangan naik mendadak," ujarnya.

Zuhar berkata, masyarakat peneroka sedang menanti apakah langkah kerajaan dan Felda untuk membantu peneroka dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup ini.

"Peneroka betul-betul mengharapkan kerajaan dan Felda berbuat sesuatu untuk membantu mereka meneruskan hidup secara ‘ala kadar’ ," ujarnya, Katanya, golongan minoriti peneroka yang mengusahakan ladang sendiri mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding peneroka yang menyerahkan ladang kepada Felda.

Justeru, Felda mesti berkorban untuk peneroka dalam menghadapi saat sukar seperti ini.

"Peneroka tahu Felda untung berbillion ringgit setahun tetapi keuntungan itu terlalu sedikit dikembalikan kepada mereka, lihatlah dimana-mana skim Felda tahap prasarana hanya bertaraf kelas kelas lima, dengan kemudahan asas mahu pengangkutan awam yang teruk," katanya.

Malah kata Che Zuhar, masih ada skim Felda yang tidak mempunyai jalan raya yang sempurna sebagaimana selayaknya.

"Dengan tahap pembangunan demikian apakah kerajaan dan Felda boleh berbangga untuk mengatakan mereka telah berjaya meningkatkan taraf hidup peneroka?" soalnya. - mns_

Tiada ulasan: