HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Jun 2008

Tiga batang sungai tercemar dengan bahan toksik



MARAN: Beberapa penduduk Felda Jengka Enam di sini mendakwa tiga batang sungai di daerah sini dicemari dengan bahan toksik yang serius, sehingga mengakibatkan ikanikan di sungai berkenaan mati.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda itu, Saharuddin Lela berkata keadaan air di Sungai Kundang, Pejing dan Jengka itu semakin keruh dan berbau busuk.

Beliau berkata pencemaran itu dipercayai berpunca daripada sisa buangan sebuah kilang kelapa sawit, dan menurutnya perkara itu sudah lama berlaku dan kerap dibangkitkan JKKK kepada pihak berkuasa, keadaan masih tidak berubah.

"Pencemaran ini juga memberi risiko kesihatan kepada penduduk beberapa kampung sekitar termasuk penduduk Orang Asli yang mengunakan air sungai ini untuk kegunaan seharian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib ketika dihubungi berkata beliau meminta supaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan segera terhadap kilang iberkenaan jika terbukti ia yang mengakibatkan pencemaran tersebut.

Katanya tindakan membuang sisa buangan ke dalam sungai tidak seharusnya dibiarkan kerana ia boleh mengancam hidupan serta mata pencarian penduduk. BERNAMA

Tiada ulasan: