HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Januari 2015

Zamani bebas, reman tidak disambung

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Reman vokalis Kumpulan Slam, Zamani yang ditahan berkaitan satu kes dadah minggu ini, tidak disambung dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis.
 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saat mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai sekitar pukul 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Klang.
 
Rabu lalu, klip video tersebut mula tersebar di laman sosial selepas dikongsi tanpa kawalan menerusi aplikasi WhatsApp.
 
Ekoran penyebaran tersebut, pihak polis melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti lima suspek yang disyaki terlibat melakukan kesalahan terbabit.
 
Zamani akan didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya di Mahkamah Majistret Ampang, Selasa ini.

Tiada ulasan: