HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Januari 2015

Jumaat ketika kanak-kanak – Nik Abduh

 
Walaupun agak melucukan, namun menggambarkan ketegasan didikan Mursyidul Am PAS itu membentuk anak-anaknya.


solat budak2


PETALING JAYA: “Hari ini, ayahanda teringat solat Jumaat,” demikian catatan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman Facebooknya pada lewat malam tadi (Jumaat).

“Saya teringat masa kecil-kecil dulu, kami anak-anak ‘dipaksa’ oleh ayahanda bersamanya ke masjid lebih awal,” Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyambung coretannya.

Menurut beliau, kata-kata bapanya itu membuatkan dia terkenangkan kegigihan ayahnya mendidik mereka adik beradik.

Menurut Nik Abduh, ayahnya akan memastikan anak-anak mengikutnya ke masjid lebih awal, seawal jam 12 tengah hari mereka sudah “terpacak di masjid. Tok Imam, tok bilal, tok siak dan ahli qaryah tak nampak batang hidung lagi,” katanya mengimbau kembali masa lalu.

“Bukan main seksanya kami, terhanggguk-hangguk menanti tok bilal azan, tersengguk-sengguk menanti tok imam kampung menghabis khutbah dan bergeliat menanti ‘tamatnya’ paksaan beragama masa kecil,” kata Nik Abduh, walaupun agak melucukan namun menggambarkan ketegasan didikan Mursyidul Am PAS itu membentuk anak-anaknya.

“Ayahanda di hadapan tuhannya, solat, baca al Quran, sujud dan paling saya tak faham… diam, diam dan diam.. sehinggalah azan berkumandang,” kata Nik Abduh lagi bagai melayan fikirannya di usia kanak-kanak.

“Begitu ayahanda mendidik kami. Dan hinggalah saat ini, dari atas katil ini, dalam tua rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan waktu,” beliau mengakhiri coretannya dengan ucapan terima kasih atas doa seluruh rakyat Malaysia buat ayahandanya.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Tiada ulasan: