HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Januari 2015

Kementerian Wilayah Persekutuan beku perjalanan ke luar negara, kata Tengku Adnan

THE MALAYSIAN INSIDER


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah tersebut adalah untuk berjimat dalam ekonomi negara yang menurun. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah tersebut adalah untuk berjimat dalam ekonomi negara yang menurun. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Semua perjalanan ke luar negara bagi urusan kerja melibatkan petugas Kementerian Wilayah Persekutuan dan semua agensinya dibekukan berkuatkuasa Selasa lepas, kata menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, perjalanan ke luar negara masih dibenarkan bagi urusan kerja yang penting dan memerlukan tindakan segera sahaja, katanya.

Arahan tersebut sebagai langkah berjimat berikutan keadaan ekonomi semasa negara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan 'Town Hall' (sesi dialog dengan penduduk setempat) untuk kawasan Parlimen Setiawangsa di Stadium Tertutup Titiwangsa hari ini.


Lebih 500 penduduk kawasan tersebut menghadiri sesi selama 2 jam itu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menyentuh mengenai sesi 'town hall' siri kedua itu, Tengku Adnan berkata antara isu yang dikemukakan mengenai kemudahan awam, infrastruktur serta penyelenggaraan di kawasan perumahan terutama bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Selain itu, masalah parkir dan peranan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), katanya.

Tengku Adnan berkata setiap masalah, aduan, cadangan serta isu yang diterima pada perjumpaan 'town hall' ini akan diselesaikan dalam tempoh masa singkat bagi menjamin keselesaan rakyat.

Mengenai MPP, beliau berkata ia diperkenalkan pada 2011 dan akan diperkasa lagi melalui penganjuran kursus bagi mendedahkan anggota majlis itu tentang peranan mereka.

MPP merupakan suatu entiti yang dianggotai masyarakat setempat bagi mendukung dan memantau pelaksanaan program-program kemasyarakatan dan modal insan yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tengku Adan berkata siri ketiga perjumpaan 'town hall' akan diadakan di kawasan Parlimen Batu, Mac ini.

Selain DBKL, antara agensi dan jabatan lain terlibat dalam perjumpaan itu tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Alam Flora Sdn Bhd. – Bernama,

Tiada ulasan: