Demo Isu Salib Gereja di Taman Medan Petaling Jaya. Tercabar dan Tergugat Akidah Mereka? : Dengan cara konfrantasi, bagaimana mahu menggambarkan bahawa Islam itu indah, Islam itu Indah, Islam itu cantik, Islam itu relevan, Islam itu penuh dengan Kasih Sayang.
Kenapa kita selalu mahu dilihat lemah kepada agama lain? Mengapa dengan meliaht salib sahaja sudah boleh tergugat imankah?
Sooo… fragile
BACA BERITA INI JUGA : Gerakan Kristianisasi Di Malaysia : Evangelist Paling Aktif Murtadkan Umat Islam Malaysia?
Jikalau gereja Kristian di Taman Medan,
petaling Jaya tidak kacau orang, tidak hasut orang mengapa mahu melatah.
Negara ini bukankah ada undang-undang. Dan telah termaktub dalam
perlembagaan yang setiap agam aada hak masing-masing untuk beragama.
Sudahlah. Kita rakyat Malaysia banyak
lagi ada agenda untuk mengangkat bangsa dan rakyat Malaysia di masa
ekonomi hari ini cukup mencabar.
- Ada surau, sunyi sepi tanpa aktiviti
- Ada masjid dibina semegah-megah tiada masa untuk datang
- Di masjid ada majlis ilmu tidak kelihatan, sibuk katanya
- Tetapi…..jikalau ada demo contohnya isu gereja salib di Taman Medan Petaling Jaya, akan saya datang dan tentangggg sehingga titisan darah yang terakhir. Ermmmm….Iyalah.
P/S : Mengapa mahu mengganggu kedai
lain, sedangkan kedai sendiri tidak diuruskan dengan baik, bocor
sana-sini? Jikalau kedai sendiri ditabdir dengan baik, bisnes maju
datanglah 100 kedai pesaing lain sekalipun tidak akan tercabar.
PP/S : Di Lutong, Miri Sarawak ada
masjid dan gereja cuma dipisahkan pagar sahaja. Agak-agak berapa kali
gereja di sana berhadapan demo ya? Erm….Hakikatnya. Setiap kali solat
jumaat, pihak gereja akan membuka pagar untuk membenarkan jemaah
meletakkan kereta bagi mengurangkan kesesakan. begitulah sebaliknya.
PPP/S : Berita Semasa menentang
mana-mana perniagaan dan pertubuhan yang tidak berlesan tetapi Berita
Semasa sekali tidak bersetuju demo dibuat dek kerana operasi agama lain.
LIHAT VIDEO DI SINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan