HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 April 2015

Enggan paksa Proton – Bung Mokhtar

 
Penggunaan kereta mewah BMW pada Sidang Kemuncak ASEAN tidak timbul kerana ia tertakluk kepada tajaan.


bung-mokhtar



KUALA LUMPUR : Pengeluar kereta nasional Proton dikatakan enggan menaja kereta untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN pada 24 hingga 28 April depan.

Dakwaan itu dibuat Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin ketika diminta mengulas penggunaan kereta mewah BMW 5 Siri dan 7 Siri.

“Lagipun, syarikat kereta nasional (Proton) tidak mahu menaja, macam mana nak pakai, takkan kita nak paksa Proton taja kita,” kata Bung ketika ditemui di lobi Parlimen.

Dalam reaksinya, beliau menjelaskan penggunaan itu selari dengan taraf persidangan berkenaan.

“Ia persidangan bertaraf tinggi dan ia penghormatan kepada negara, oleh kerana itu kita perlu memastikan para pemimpin dunia yang hadir nanti selesa”, jelasnya.

Menurut Bung, penggunaan kereta Proton pada sidang kemuncak berkenaan tidak timbul kerana ia tertakluk kepada tajaan.

“BMW menawarkan perkhidmatannya jadi apa salahnya terima niatnya yang mahu menyumbang,” tegasnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membangkitkan persoalan berhubung kewujudan kereta BMW tanpa nombor pendaftaran tetapi menggunakan jata negara.

Tiada ulasan: