Apakah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah puas hati dengan mana-mana pun penggantinya walaupun ianya anaknya sendiri, tanya Presiden PPP M Kayveas.
"Mahathir kata Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) tak bagus, maka mereka tukar (perdana menteri) dengan Najib (Abdul Razak) dan sekarang Mahathir pula berkata Najib tak bagus.
"Esok, anda lantik Muhyiddin (Yassin, sebagai PM), Mahathir akan kata Muhyiddin tak bagus. Kemudian anda lantik Hishammuddin (Hussein), Mahathir akan kata tak bagus.
Katanya, Mahathir perlu beritahu parti komponen BN mengapa beliau mengkritik Najib supaya mereka boleh dapatkan Najib menjawab dengan sewajarnya.
Dalam rakaman wawancara di televisyen malam tadi, Najib tidak menyentuh kebanyakan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Mahathir, dan ini menyebabkan perdana menteri menjadi sasaran lagi.
Bercakap kepada pemberita di majlis sambutan ulang tahun ke-62 PPP di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Kayveas berkata pertukaran perdana menteri tidak akan menyelesaikan sebarang masalah di negara ini.
Secara berseloroh Kayveas terfikir jika rakyat mahu menukar perdana menteri, beliau bersedia untuk menawarkan dirinya.
"Jika anda mahu menukar Perdana Menteri, saya mahu menjadi PM. Jadi PM selama enam bulan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan