Najib Letak Jawatan Perdana Menteri dan
Presiden UMNO Jikalau Tidak BN Kalah Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14).
Najib Mohon Respon! : Dahulu Tun Mahathir Mohamad berkuasa. Sekarang
tidak lagi. Jadi, apabila bergelar rakyat Malaysia disebalik statusnya
sebagai mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menggunakan saluran
yang betul lebih-lebih lagi era teknologi sekarang melalui sesi luahan
hati di blog Chedet.
Mungkin Tun Mahathir tidak mampu
untuk menyembunyikan kekesalan terhadap Najib Razak yang terus
terhimpit dengan pelbagai skandal dan Tun Mahathir Mohammad juga tidak
mampu untuk mengangguk kepala sahaja seperti Ketua-ketua bahagian yang
lain saat sang ketua memberikan ucaptama dan penerangan disebalik
sebarang isu semasa yang berbangkit hari ini.
Tun Mahathir juga adalah seperti rakyat
Malaysia yang tidak mampu hidup tenang apabila dikelilingi dengan
pelbagai persoalan yang terus menerawang ke udara tanpa disambut dengan
jawapan yang munasabah dan bernas. Tun Mahathir pastinya tidak sama
dengan sekadar status Ketua-ketua bahagian yang lain yang mampu
mengangguk kepala tanda setuju setiap kali ketuanya bersuara.
Najib Letak Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Kerana Terus Pimpin Negara?
- Masakan tidak Tun Mahathir punya pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir negara
- Permainan sepak terajang politik yang penuh muslihat semuanya sudah dilaluinya dan dihadamnya
- Dan paling penting beliau terkenal dengan sikap radikalnya terhadap pemimpin atas. Masakan Tunku Abdul Rahman sudah dikritiknya inikan pula sekadar Najib Razak, figura dan watak yang telah diangkat Tun Mahathir Mohammad sebelum ini. Jikalau ada kesilapan, bukan Tun Mahathir jikalau sekadar hanya berdiam diri.
Jikalau persoalan sepertimana yang
terkandung dalam blog Chedet termasuklah seperti di bawah ini, pastinya
Chedet aka Tun Mahathir Mohammad akan berdiam seketika :
- Siapa arah Sirul Azhar bunuh Altantuya Shariibuu yang hanya sekadar “budak suruhan” untuk menjaga keselamatan VVIP di Malaysia?
- Bagaimana anak Rosmah Mansor dan Najib Razak, Riza Aziz mempunyai duit ratusan juta ringgit sehingga mampu beli hartanah mewah dan juag melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street”
- Bagaimana seorang budak bernama Jho Low diberikan peranan untuk menguruskan duit negara bernilai puluhan bilion ringgit melalui syarikat kerajaan
P/S : Selepas seminggu berlalu Tun
sampai boleh daripada tanya soalan, kepada jawab soalan daripada orang
lain sudah, tetapi nampaknya Najib Razak lebih selesa memilih untuk
berdiam diri daripada menjawab.
PP/S : Mungkin rakyat Malaysia ataupun
Tun Mahathir Mohammad hanya boleh perolehi semua jawapan melalui Unit
Media Sosial, Jabatan Perdana Menteri, atau Ahmad Maslan, Fuad Zarkashi
ataupun Hasan malek ataupun………..
PPP/S : Kritikan Tun Mahathir Mohammad akan berakhir selepas Najib letak jawatan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan