HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 April 2015

Perbualan telefon Mahathir-Sirul diteruskan

MALAYSIAKINI


 


Usaha menghubungkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, melalui perbualan telefon, akan diteruskan seperti dirancang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu diteruskan walaupun Sirul dilapor tidak setuju dengan tindakan Mahfuz mempertemukan ibunya Piah Samat dengan Mahathir kelmarin.

Mahfuz, yang juga anggota Parlimen Pokok Sena, menyatakan kebingungannya terhadap kenyataan peguam Sirul berhubung perkara itu.

Mahfuz berkata sebelum bertemu Mahathir, beliau dan Piah bercakap dengan Sirul melalui telefon.

“Sirul cakap tak apa bawa ibunya bertemu Mahathir. Kemudian dia bercakap dengan ibunya. Saya tidak tahu tentang komen peguam-peguamnya.

“Walaupun begitu, saya akan cuba dan susun perbualan telefon Mahathir dan Sirul.

"Saya akan minta kebenaran Sirul dulu sama ada dia mahu bercakap,” kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak tetapkan tempoh masa untuk perbualan itu menjadi kenyataan.

mStar semalam melaporkan agenda membantu Sirul yang ditahan di Australia bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa menyiasat semula kes Altantuya memasuki episod baharu apabila gagal mendapat 'restu' bekas komando itu.

Malah, ketidakpuasan hati terhadap perkembangan terkini di Malaysia yang mengaitkan dirinya serta keluarga dikatakan mendorong Sirul menghubungi dua peguamnya, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican.

Panggilan telefon itu dikatakan bagi menyatakan kekecewaannya itu dibuat sebaik sahaja mendapat tahu mengenai pertemuan Piah dengan Mahathir.


Tiada ulasan: