HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 April 2015

'Polis GST' digesa henti ganggu peniaga

 


Kerajaan digesa menamatkan pemeriksaan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang “kasar” terhadap perniagaan kecil, sebaliknya menggunakan pendekatan lebih mesra.

Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata beliau menerima aduan bahawa pegawai kastam “mengganggu” mereka dalam pemeriksaan berkaitan pelanggaran pelaksanaan GST yang bermula kelmarin.

“Dalam lawan saya ke kedai di Kluang, Johor pagi ini, syarikat kecil mengadu terhadap pemeriksaan kasar dengan niat mencari salah oleh pegawai penguatkuasa kastam,” katanya.

Beliau juga berkata mendapat maklumat daripada anggota dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Sabah Junz Wong bahawa kastam membuat serbuan pada jam 1 pagi di Lintas, Kota Kinabalu.

Liew berkata kerajaan patut mengambil pendedahan lebih lembut dengan membantu peniaga kecil menyesuaikan diri dengan cukai baru itu.


Tiada ulasan: