Seorang penganjur seminar kekayaan mempertahankan teknik mencium duit yang digunakan dalam kursus "magnet wang" kendaliannya selepas gambar peserta programnya melakukan aksi itu tersebar luas di media sosial.
Kursus itu mula mencuri perhatian ramai apabila gambar peserta-pesertanya mencium gundalan wang RM50 dan RM10 dan meletakkannya ke dahi mereka, dikongsi lebih daripada 4,000 kali dan disukai lebih 15,000 orang di laman sosial Facebook.
Perkongsian itu dikesan sejak ia dimuat naik laman Facebook "Friends of BN" pada 10.30 malam, 24 Mei, 2015.
Penganjur seminar yang dikenali sebagai Dr Mohamad Khalid Sabran berkata, teknik mengucup bongkah duit bernilai RM44,000 itu bukan satu upacara menyembah duit seperti yang disangkakan orang ramai. Sebaliknya, ia adalah satu cara untuk menarik rezeki serta melatih "minda bawah sedar" merasakan "getaran, tenaga dan rasa syukur" apabila memiliki duit yang banyak.
"Kita merasakan getaran perasaan itu, bukannya kita sembah duit.
"Malah, kita membayangkan benda yang kita sayang, duit pun kita sayang. Siapa tak sayang duit sedangkan anak bini pun kita cium sebab kita sayang," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Menurutnya, gambar yang tersebar itu adalah daripada kursus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.
Kursus dengan yuran RM550 dari 9 pagi hingga 6 petang itu melibatkan sekitar 40 orang peserta.
Jelasnya, tindakan mencium duit dalam program "Aura Mind Power & Money Magnet Seminar" itu tidak salah.
"Kenapa tidak kita boleh cium duit? Cium itu bukan sembah. Orang mentafsir kita menyembah duit sedangkan masa itulah kita ingat Allah yang akan bagi duit ini.
"Kita membayangkan Ya Allah, Engkau berilah aku rezeki sebanyak ini. Itulah konsep dia.
"Itu yang kita tanamkan dalam ‘subconscious mind’ mereka kerana minda ini apa yang kita fikir itu yang kita dapat," katanya.
Katanya, seorang lagi pengendali seminar "magnet kekayaan" yang sudah tersohor turut mengamalkan teknik yang hampir sama dengan memeluk duit.
Bezanya, penganjur seminar tersebut tidak membenarkan gambar modul itu dikongsi seperti yang beliau lakukan.
"Kita keluarkan gambar ini sebab kita hendak lontarkan idea, untuk dapatkan respons tetapi respons ini kita dapat banyak yang negatif.
"Saya relaks sahaja kerana fikiran saya, manusia di luar sana mudah membuat fikiran yang negatif.
"Kita buat benda betul dan perkara itu peserta sendiri yang menilai dan bukannya orang luar," katanya sambil menambah tiada seorang pun peserta seminarnya meragui teknik itu.
Ditanya tentang sebab angka 44,000 dipilih untuk nilai duit itu, Khalid menjawab, "Saya pilih RM44,000 sebab bagi saya 44 ini angka yang power. 4 campur 4 jadi 8, 8 ini pulak orang Cina kata kayalah.
"44 juga orang selalu kata simpang malaikat 44, kerana kuasa 44 itu.
"Jadi saya suruh mereka (peserta) bayangkan sama ada sebulan mereka akan dapat RM44,000 dengan aura ini atau pun sehari RM44,000 – terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya sambil mengakui ada peserta menangis menahan gelora perasaan sewaktu memegang duit itu.
Daripada pegawai penyelidik ke perubatan alternatif
Berusia 54 tahun, bapa 4 orang anak dengan dua orang cucu ini dahulunya adalah seorang pegawai penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau juga pernah menjadi presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM dari 1989 sehingga 1995.
Berdasarkan laman sesawang syarikatnya, Khalid sudah berkecimpung dalam bidang pemasaran pelbagai peringkat (MLM) bersama 5 buah syarikat selama hampir 25 tahun.
Kini beliau menubuhkan syarikat MLM sendiri yang digabungkan dengan minatnya dalam bidang perubatan alternatif menggunakan pengaliran tenaga yang dikenali sebagai aura reiki.
Ijazah kedoktorannya diperolehi daripada India Board of Alternative Medicine, Kolkata, pada 2013 dan beliau juga merupakan profesor kehormat institut yang sama.
Beliau kini adalah presiden Persatuan Perubatan Alternatif Malaysia (PPAM) yang diasaskannya.
Menurut Khalid, minatnya untuk mempelajari teknik reiki dan aura bermula sekitar 2008 bagi membenteng dirinya daripada "serangan halus" dalam perniagaan.
"Saya menambahkan ilmu dalam bidang perubatan ini kerana banyak serangan-serangan halus yang berlaku.
"Jadi hendak menguatkan diri kita dan menolong orang, saya belajarlah ilmu aura ini," katanya yang sekarang antara lain menjual susu kambing, serta minyak holistik aura syarikatnya sendiri di samping menganjurkan seminar kekayaan.
Akaun Facebook digodam
Seolah-olah seperti mahu menguji “aura” Khalid dan keampuhan tenaga reikinya, akaun Facebook miliknya didapati digodam malam tadi selepas ditemubual The Malaysian Insider.
"Saya tengah bertapa kat GUNUNG LEDANG. MAAF YA. PM Password," tulis penggodam itu yang dikenali sebagai “MrDodgerX” dari “Harimau Malaya Cyber Army” pada dinding Facebook Khalid.
Khalid sudah membuat laporan polis pada pukul 9.30 malam semalam dan kini menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.
1 ulasan:
SALAM KENAL SEMUA,SAYA ERSIN
CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASAH!!!
SAYA SUDAH SANGAT LAMA BERJUDI TOGEL DAN SAYA BELUM PERNAH
MERASAKAN KEMENANGAN,KARNA SAYA SELALU MENGGUNAKAN PREDIKSI
ATAU RUMUSAN TANGAN MANUSIA.JADI SAYA SUDAH KAPOK MENGGUNAKAN
RUMUSAN ATAU PREDIKSI LAGI KARNA DI PASTIKAN 99% AKAN MELESET.
KEMARIN ,SAYA MENEMUKAN NOMER HP AKI ALHI DI INTERNET 0_8_2 3 0 2 5 6 3 3 2 7 !STATUS BELIAU ADALAH PARANORMAL TOGEL ATAU
BIASA DI PANGGIL DUKUN TOGEL.JADI SAYA HUBUNGI LANGSUNG AKI ALHI DI INTERNET DAN MEMINTA ANGKA HASIL RITUAL ATAU ANGKA GOIB BOCORAN DARI TOGEL SGP/HK.AWAL NYA SAYA MINTA 2D KARNA BARU PERTAMA SAYA MEMASANG
ANGKA HASIL RITUAL,SEDIKIT RAGU.SAYA DI SURUH MENGIRIM MAHAR ATAU
PEMBELI ALAT BANTU RITUAL,SAYA LAKSANAKAN KARNA SAYA SADAR BAHWA
MEMANG KALAU MAU SUKSES ATAU KAYA MEMBUTUHKAN KERJA KERAS DAN PENGORBANAN.HASIL MALAM TERSEBUT ANGKA YANG DI BERIKAN (33) ALHAMDULILLAH SAYA MENANG 15JT ATAU DIKALI 250 RIBUH,DAN SAYA MEMINTA LAGI KE AKI ALHI DI INTERNET 4D LANGSUNG KARNA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN DAN YAKIN.DAN PADA SAYA MENANG 4D LANSUNG 29 59 DAN SAYA LANSUNG KALI 300 RIBU ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT 700 JT,DAN SAYA MENANG LAGI 4D 73 46.BERKAT AKI ALHI DI INTERNET
KINI SAYA BISA BAYAR UTANG2 DAN SUDAH BISA BERENCANA MEMILIK USAHA BUKA RESTORAN/RUMAH MAKAN WARUNG PADANG RESTU BUNDO
JADI SAYA MENGAJAK SELURUH TEMAN PECINTA JUDI TOGEL YANG SERING
KALAH!!!SILAHKAN HUBUNGI AKI ALHI DI INTERNET DI NO HP 0_8_2 3 0 2 5 6 3 3 2 7
INSYA ALLAH BELIAU TIDAK SEPERTI DUKUN TOGEL PALSU.
KARNA DULUNYA SAYA SERING MENGHUBUNGI DUKUN TOGEL LAINNYA,AKI YANG ASLI…
Catat Ulasan