MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan dakwaan pilih kasih terhadap pihak didakwa hidup mewah di negara ini.
Katanya beliau sendiri pernah digeledah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) kerana mempunyai klinik dan dianggap kaya sebagai seorang doktor
serta tidak membayar cukai sepenuhnya.
Begitu juga apabila pegawai kerajaan yang hidup mewah melebihi pendapatan biasanya disiasat.
“Tetapi apabila menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat.
“Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat,” kata Mahathir.
“Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilih kasih dalam siasatan jenayah.”
Beliau justeru menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia tertakluk pada
undang-undang sama dan negara ini sudah disenaraikan sebagai antara 10
negara yang rasuah berleluasa.|
Mahathir
membangkitkan perkara itu ketika mengulas keengganan jabatan kerajaan
bertanggungjawab bertindak terhadap dakwaan kehilangan wang 1MDB,
syarikat pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Sebaliknya, kata Mahathir, pihak yang membuat laporan polis dimufliskan,
rumah dirampas dan disiasat kononnya membiayai gerakan keganasan dan
penggubahan wang haram.
Bukan itu sahaja, kata Mahathir, pemberita juga ditangkap bawah Akta
Hasutan dan kemudian dibebas kerana mereka sebenarnya tidak melakukan
sebarang kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan