HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Mei 2015

Usaha terakhir DAP dan PKR selamatkan Pakatan Rakyat

Oleh Abdul Rahman Malik 
Post Pic
 


[ULASAN] Jika diberi pilihan, kerabat Pakatan Rakyat -- DAP dan PKR -- tentu mahu golongan ulama tumpas dalam pemilihan saf pimpinan baru PAS dalam muktamar parti itu hujung minggu depan.

Pelbagai ikhtiar saat akhir digunakan untuk “menyedarkan” ahli dan penyokong PAS betapa perlunya mereka memastikan golongan ulama tidak menang demi menyelamatkan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan tujuh tahun lalu.

Usaha paling jelas ke arah itu cuba digerakkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang “menggertak” pemikiran politik ahli-ahli PAS bahawa Pakatan Rakyat akan berkubur dua minggu lagi.

Amaran yang dibuat menerusi blognya kelmarin menekankan di ambang negara bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik, Pakatan Rakyat kini menghadapi musibah perpecahan sesama sendiri.

Peringatan Kit Siang memang mudah difahami dan wajar dibuat ketika ahli-ahli PAS sedang menimang idea golongan mana yang akan dipilih menerajui PAS dalam muktamar dari 4 hingga 6 Jun depan.

Dalam pada itu, ada juga penulis-penulis blog yang pro-Pakatan Rakyat yang berusaha untuk “mewaraskan” ahli dan penyokong PAS betapa parti itu “tiada masa depan” jika ia meninggalkan pakatan itu.

Maka “peringatkanlah” pembuat keputusan dalam muktamar itu bahawa kadar kebencian PAS terhadap Umno adalah lebih tinggi berbanding kerengsaan bergerak dalam jemaah Pakatan Rakyat.

Sebenarnya, inilah yang paling dibimbangi baik DAP mahupun PKR bahawasanya PAS akan memilih untuk “bergabung dengan Umno” demi memelihara kepentingan Islam dan umat Melayu di negara ini.

Sejak malapetaka banjir menimpa Kelantan hujung tahun lepas kerjasama kerajaan Pusat yang diterajui Umno dengan kerajaan Kelantan pimpinan PAS, semakin mesra dan dililiti bibit kasih sayang kerana agama dan bangsa.

Ini dituruti dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli dewan undangan negeri Kelantan dari Umno yang dengan tegas, jelas dan lantang menyokong pindaan enakmen Syariah Agama Islam Kelantan yang cuba mengorak langkah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Asas untuk PAS bekerjasama dengan Umno semakin terbentang luas. Jika itu berlaku, PKR akan terbias kesan politiknya. Kombinasi dengan PAS hingga mengizinkannya memerintah Selangor pasti akan terjejas jika PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Malah jika kempen Umno-PAS digerakkan bersama lebih banyak manfaat bagi orang Melayu-Islam boleh dijaja berbanding apa yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Perihal kebimbangan DAP akan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno ini bukan baharu. Krisis menteri besar Selangor tahun sudah cukup mencemaskan DAP dan PKR kegusaran itu akan menjadi realiti.

Cuma keputusan dua adun PAS, Saari Sungib (Huku Kelang) dan Hasnol Baharudin (Morib) sahaja yang menggencatkan kemungkinan itu. Jika tidak tentu Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah boleh memuktamadkan halatuju PAS dalam hubungannya dengan PKR dan DAP ketika itu.

Ujian lebih besar dalam muktamar PAS minggu depan ialah membuat ketetapan dalam isu tahaluf siyasi – adakah akan diteruskan, digantung atau dilupuskan?

Antara persoalan yang berlegar di minda ahli, penyokong dan ulama PAS ialah apakah tahaluf berusia tujuh tahun itu sudah cukup matang untuk diteruskan atau sebenarnya ia telah menjatuhkan maruah PAS seperti sikap yang ditunjukkan oleh DAP terhadap ulama PAS?

Namun satu realiti yang menganga di benak pembuat dasar PAS ialah hakikat DAP sudah menunjukkan bukan sahaja keyakinan diri yang tinggi malah sampai melangkaui kesopanan dalam bertahaluf.

Membanggakan diri bahawa ia mempunyai bilangan kerusi parlimen terbanyak di kalangan kerabat Pakatan Rakyat, DAP dengan yakinnya mengumumkan kabinet bayangannya yang meliputi lapan belas kementerian.

Kali ini bukan sahaja PAS diketepikan, wakil dari PKR pun tidak disenaraikan dalam kabinet “olok-olok”nya. Terkulat-kulat Ketua Pembangkang iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan azizah Wan Ismail dibuatnya.

Jika ditakdirkan masalah yang dihadapi Barisan Nasional kini berlarutan hingga Pilihanraya Umum ke-14 dan pembangkang mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan, tidakkah haru-biru negara dibuatnya.

Belum berkuasa penuh, DAP sudah mempamerkan halobanya untuk memerintah sendirian. Mungkin oleh kerana perlembagaan menetapkan hanya pemimpin keturunan Melayu-Islam sahaja layak menjadi perdana menteri, DAP masih mahu PKR ada bersama mereka.

Namun wakil PKR berkemungkinan besar hanyalah untuk menyandang jawatan untuk hal-hal keraian dan menjadi simbol belaka.

Jika PAS masih dalam Pakatan Rakyat, kemungkinan ia dilayan lebih buruk dan mengaibkan dari sekarang, adalah hampir satu kepastian.

1 ulasan:

pak sudaryono berkata...

SALAM KENAL SEMUA,SAYA ERSIN

CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASAH!!!

SAYA SUDAH SANGAT LAMA BERJUDI TOGEL DAN SAYA BELUM PERNAH
MERASAKAN KEMENANGAN,KARNA SAYA SELALU MENGGUNAKAN PREDIKSI
ATAU RUMUSAN TANGAN MANUSIA.JADI SAYA SUDAH KAPOK MENGGUNAKAN
RUMUSAN ATAU PREDIKSI LAGI KARNA DI PASTIKAN 99% AKAN MELESET.
KEMARIN ,SAYA MENEMUKAN NOMER HP AKI ALHI DI INTERNET 0_8_2 3 0 2 5 6 3 3 2 7 !STATUS BELIAU ADALAH PARANORMAL TOGEL ATAU
BIASA DI PANGGIL DUKUN TOGEL.JADI SAYA HUBUNGI LANGSUNG AKI ALHI DI INTERNET DAN MEMINTA ANGKA HASIL RITUAL ATAU ANGKA GOIB BOCORAN DARI TOGEL SGP/HK.AWAL NYA SAYA MINTA 2D KARNA BARU PERTAMA SAYA MEMASANG
ANGKA HASIL RITUAL,SEDIKIT RAGU.SAYA DI SURUH MENGIRIM MAHAR ATAU
PEMBELI ALAT BANTU RITUAL,SAYA LAKSANAKAN KARNA SAYA SADAR BAHWA
MEMANG KALAU MAU SUKSES ATAU KAYA MEMBUTUHKAN KERJA KERAS DAN PENGORBANAN.HASIL MALAM TERSEBUT ANGKA YANG DI BERIKAN (33) ALHAMDULILLAH SAYA MENANG 15JT ATAU DIKALI 250 RIBUH,DAN SAYA MEMINTA LAGI KE AKI ALHI DI INTERNET 4D LANGSUNG KARNA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN DAN YAKIN.DAN PADA SAYA MENANG 4D LANSUNG 29 59 DAN SAYA LANSUNG KALI 300 RIBU ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT 700 JT,DAN SAYA MENANG LAGI 4D 73 46.BERKAT AKI ALHI DI INTERNET
KINI SAYA BISA BAYAR UTANG2 DAN SUDAH BISA BERENCANA MEMILIK USAHA BUKA RESTORAN/RUMAH MAKAN WARUNG PADANG RESTU BUNDO

JADI SAYA MENGAJAK SELURUH TEMAN PECINTA JUDI TOGEL YANG SERING
KALAH!!!SILAHKAN HUBUNGI AKI ALHI DI INTERNET DI NO HP 0_8_2 3 0 2 5 6 3 3 2 7
INSYA ALLAH BELIAU TIDAK SEPERTI DUKUN TOGEL PALSU.
KARNA DULUNYA SAYA SERING MENGHUBUNGI DUKUN TOGEL LAINNYA,AKI YANG ASLI…