HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Jun 2015

Bahasa Inggeris saya lebih baik- Ahmad Awang

 
Menurut bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia jika dipilih menjadi Presiden Pas yang baru, dia akan menggunakan kelebihan itu untuk menyatukan ahli parti.


ahmad-awang_Hadi-Awang_pas_english_600


KUALA SELANGOR: Ahmad Awang mengakui memiliki kemahiran berbahasa Inggeris yang lebih baik berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang menentang Abdul Hadi bagi jawatan Presiden Pas bagaimanapun meminta kelebihan itu tidak dijadikan isu dalam pemilihan kali ini.

Katanya, jika dipilih menjadi Presiden Pas yang baharu, beliau akan menggunakannya untuk menyatukan ahli Pas.

“Isu bahasa sememangnya tidak menjadi masalah kepada saya. Namun, saya tidak pasti siapa yang menjadikan isu bahasa itu sebagai suatu isu besar,” katanya ketika ditemui media pada Muktamar Pas ke-61 yang diadakan di Stadium Tertutup pada Khamis.

Tiada ulasan: