PASIR MAS - Pada kala masyarakat sekeliling sudah menikmati bekalan air
bersih, sebuah keluarga di Kampung Pengkalan Machang, Tok Uban, di
sini, masih bergantung kepada tali air sebagai sumber bekalan air untuk
memenuhi keperluan harian mereka.
Ismail Bakar, 70, dan isterinya, Jarah Deraman, 69, bersama dua anak, seorang menantu serta seorang cucu terpaksa menggunakan sumber air berkenaan kerana tidak mampu menampung kos pemasangan paip bagi membolehkan mereka menerima bekalan air bersih.
Lebih menyedihkan, rumah usang keluarga ini tiada tandas dan mereka perlu berjalan sejauh 200 meter ke tali air berhampiran untuk membuang air.
Anak pasangan tersebut, Ramli, 40, memberitahu, mereka sekeluarga sudah biasa hidup dalam keadaan serba kekurangan dalam rumah usang yang didiami sejak lebih 40 tahun lalu.
"Rumah ini hanya ada sebuah bilik dan bumbungnya sudah banyak yang bocor. Namun kami hanya mampu bersabar kerana tak mampu baiki rumah ini, apatah lagi bina rumah baharu.
"Sebelum ini ayah pernah minta bantuan rumah tapi tiada jawapan sampai sekarang," katanya ketika ditemui semasa menerima kunjungan Majlis Orang-Orang Besar Diraja Kelantan (MOB) diwakili Datuk Ghazali Hasni Md Hassan di kediaman keluarganya, baru-baru ini.
Ramli berkata, dia serta bapanya hanya bekerja kampung dan pendapatan mereka walaupun ditambah dengan pendapatan adik iparnya, Hafidi Daud, 31, sebagai kelindan lori, hanya cukup untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga sahaja.
Menurutnya, disebabkan keadaan hidup yang serba kekurangan, adik perempuannya, Nor Emilia, 28, pernah terpaksa dihantar ke rumah saudara untuk bersalin kerana ketiadaan tandas, air bersih serta keadaan rumah usang.
"Saya ada tujuh adik-beradik tapi kesemuanya hidup susah dan masing-masing sudah berkeluarga. Sekarang hanya saya dan adik perempuan berserta keluarganya masih tinggal bersama ayah dan ibu di rumah ini," katanya.
Dalam lawatan ke rumah keluarga tersebut, Ghazali turut menyampaikan sumbangan daripada MOB kepada mereka sebagai persediaan menyambut Ramadan.
Hadir sama, Ketua Jajahan Pasir Mas, Dr Che Hamat Che Muda, wakil Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) dan penggawa daerah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan