Veteran UMNO Malaysia yang kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu mengkritik negara sendiri kepada media asing
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan tidak lagi sayang kepada bangsa, parti dan negara.
Kenyataan itu dibuat Veteran UMNO Malaysia yang kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu mengkritik negara sendiri kepada media asing.
“Beliau juga sudah tidak sayang lagi kepada negara ini dan mahu melihat politik negara ini tidak stabil. Beliau juga sudah tidak sayangkan bangsa Melayu dan mahu melihat Melayu terus berpecah dan menjadi minoriti dalam majoriti. Malah tindakan Dr Mahathir akan membuka jalan kepada runtuhnya kuasa Melayu di negara ini.
“Biar apapun tindakan Dr Mahathir sudah pasti akan merugikan Melayu dan UMNO. Dr Mahathir telah memilih untuk melihat Melayu dan MNO berkecai. Kalau itulah pilihannya, maka Dr Mahatahir akan dikenang sebagai tokoh yang merosakkan UMNO dan Melayu,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub yang dipetik dari Sinar Harian Online.
Jelasnya, Veteran amat kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku dan menyifatkan tindakan yang dibuatnya seperti mengulangi perbuatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan media asing untuk memburuk dan menjatuhkannya ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
“Veteran tidak menyangka Dr Mahathir sanggup merendahkan martabatnya sebegitu rupa semata-mata kerana marah dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO,”katanya dalam kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan