Harga barangan di pasaran dijangka stabil memandangkan stok barangan
yang dikenakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) telah habis,
kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Oleh itu, katanya, peniaga tiada lagi sebarang alasan untuk menjual barangan pada harga yang tinggi.
"Kestabilan harga barangan itu juga disebabkan para peniaga mula percaya kepada sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mereka telah memperolehi tuntutan input cukai," katanya kepada Bernama, semalam.
Selain itu, sikap pengguna yang berhati-hati dan menangguhkan pembelian turut menyebabkan kemerosotan permintaan terhadap barangan, katanya.
Ahmad berkata, keberkesanan aspek penguatkuasaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam memastikan akta kawalan harga dan anti pencatutan, turut memberi kesan dalam usaha kawalan harga barangan.-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan