HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Julai 2015

Belum ada keperluan hantar tentera awasi perairan Pulau Pom Pom

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak bercadang menempatkan anggotanya bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah berikutan insiden tembakan pihak tidak dikenali ke arah pos kawalan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Selasa lepas.
 
Panglima ATM Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zain berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
 
"Saya difahamkan berlaku tembak menembak dan pihak polis berjaya menahan seorang suspek dan merampas bot tersebut (bot penjenayah)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid, di Kuala Lumpur, semalam.
 
Zulkifeli berkata kejayaan tangkapan tersebut membuktikan  kawalan keselamatan negara berada pada tahap yang baik apabila dapat memintas semula bot penjenayah.
 
Dalam kejadian 3 pagi itu, anggota di sebuah pos kawalan pada mulanya dilapor mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau itu, dan apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, mereka mendengar dua das tembakan dilepaskan ke arah mereka.
 
Situasi tersebut mendorong pihak PGA membalas tembakan sehingga menyebabkan pihak terbabit melarikan diri dalam keadaan gelap.
 
 

Tiada ulasan: