THE RAKYAT POST
TMJ meminta isunya dengan Nazri Aziz tidak dipanjangkan. - Foto arkib Bernama
KUALA LUMPUR- Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru semua pihak, khususnya media supaya tidak memanjangkan isu membabitkan dirinya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menurutnya, beliau telah
menyampaikan apa yang ingin disampaikan dan memohon supaya diberikan
ruang untuk bersama keluarganya dan menyambut Ramadan secara aman.
“Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu
berkenaan saya dan Datuk Nazri, kerana ianya tidak ke mana, dan secara
jujurnya, saya pun sudah bosan dengan hal ini.
“Kalau anda mahu ianya lebih menarik,
boleh diadakan satu perlawanan tinju antara saya dan Datuk Nazri, dan
hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal…SAYA HANYA
BERGURAU,” katanya menerusi catatan Facebook Johor Southern Tiger.
Jelasnya, beliau akan terus bersuara demi kepentingan rakyat dan negerinya, meskipun berdepan kecaman dan kritikan.
“Saya akan terus bersuara demi rakyat dan
kepentingan negeri saya. Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya
sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak,” katanya.
‘Perang’ di antara TMJ dan Nazri bermula,
apabila TMJ mula mengkritik kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, Nazri tampil memberi amaran
yang meminta TMJ tidak campur tangan dalam hal ehwal politik negara
atau akan turut ‘dibelasah’ (dikecam) seperti ahli politik lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan