HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Julai 2015

DAP sedia bekerjasama dengan GHB

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: DAP sedia menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) berikutan parti baru itu berbeza dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. 
 
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan perjuangan kepimpinan jawatankuasa penaja parti baru itu lebih bersifat progresif dan Islam sederhana yang jauh berbeza dengan perjuangan bekas rakan sekutunya itu. 
 
"Kami (DAP) rasa bahawa kami boleh bekerja dengan kumpulan Muslim progresif dan sederhana memandangkan objektif mereka mahu membina Malaysia yang lebih inklusif," katanya di sini, hari ini. 
 
Isnin lalu, penubuhan GHB yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang diumumkan dan ia dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 
 
GHB ditubuhkan selepas pemimpin progresif PAS tewas dalam pemilihan parti pada awal Jun lalu. 
 
Anggota jawatankuasa Harapan Baru terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
 
Parti itu bakal didaftarkan pada 14 September ini dengan nama baru dan konvensyen pertama akan diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan.
 
 

Tiada ulasan: