shahbudindotcom
Pasukan
petugas khas yang ditugaskan menyiasat penyaluran wang 1MDB sebanyak
AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak
akhirnya mengeluarkan kenyataan sudah membekukan enam akaun bank
bermula 6 Julai 2015 lalu (semalam).
Walaupun
tidak menyatakan akaun siapa yang dibekukan itu, tetapi ia segera
menimbulkan persepsi bahawa dakwaan Wall Street Journal pada Jumaat lalu
hampir menuju kebenarannya di mana akaun bank yang didakwa itu
benar-benar wujud.
Siapakah pemilik enam akaun bank yang dibekukan itu?
Itulah
persoalan yang bermain di kepala rakyat sekarang dan dalam laporan
terbaru Malaysiakini pula, ia melaporkan tiga daripada enam akaun bank
yang dibekukan itu adalah milik Najib.
Najib
pula di sebalik didakwa menerima wang tersebut, sehingga ini belum
mengesah atau menafikan memiliki akaun bank sebagaimana yang didakwa
oleh WSJ itu.
Beliau hanya menafikan tidak pernah mengambil wang 1MDB atau mana-mana entiti lain untuk kepentingan peribadinya.
Namun, dengan laporan tiga akaun bank itu adalah milik Najib, sebahagian dakwaan WSJ itu seperti sudah ada jawapannya.
Siapa pemilik tiga akaun yang lain yang dibekukan itu?
Ada
kemungkinan ia adalah milik SRC International Sdn Bhd, Gandingan
Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang dipercayai menyalurkan
wang tersebut serta sudah diserbu pejabat mereka sebagaimana pengakuan
Peguam Negara, Gani Patail pada Sabtu lalu.
Dengan
pendedahan Malaysiakini bahawa tiga akaun bank yang dibekukan itu milik
Najib, ia sekali lagi memberikan tamparan kepada Perdana Menteri untuk
terus bertahan mengekalkan jawatannya.
Belum
pun tindakan saman mahu dilakukan dan Najib sendiri sedang terkial-kial
mengaku sama ada benar atau tidak beliau mempunyai akaun di Ambank,
pembekuan enam akaun bank, termasuk tiga yang dikatakan milik Najib ini
tentu saja menyebakan isu ini makin menarik perhatian dunia.
Dalam
masa yang sama, sokongan rakyat akan terus merudum terhadap Najib
berikutan pendedahan terbaru ini kerana belum pernah seorang Perdana
Menteri dibelit dengan isu yang sebegini memalukan.
Sementara
rakyat semakin meyakini laporan WSJ ada kebenarannya, Najib pula kian
terasak dan terkapai-kapai untuk mempertahankan dirinya.

1 ulasan:
Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

Catat Ulasan