IKHWAN HAZWAN
Presiden Pembawa,
Tajuddin Mohd Yunus berkata ramai pengusaha bas kini berada dalam
keadaan tertekan dan dihimpit dengan pelbagai masalah termasuk hutang
dan kos operasi yang semakin meningkat.
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu
Semenanjung Malaysia (Pembawa) mengharapkan kerajaan untuk membenarkan
kenaikan tambang bas ekpres dibuat secara kekal dan bukannya sehingga 27
Julai depan.
Presidennya, Tajuddin Mohd Yunus berkata
ramai pengusaha bas kini berada dalam keadaan tertekan dan dihimpit
dengan pelbagai masalah termasuk hutang dan kos operasi yang semakin
meningkat.
Menurutnya, kadar tambang seharusnya
dinaikkan pada 2013 namun sehingga hari ini ia masih tidak dinaikkan
seperti mana yang disarankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) kepada Jemaah Kabinet.
“Kami akur dengan keputusan kerajaan
untuk membenarkan tambang bas dinaikkan 10 peratus dari kadar biasa
dalam tempoh lebih dua minggu.
“Namun adalah tidak adil untuk terus
menafikan kenaikan yang sepatutnya dilaksanakan pada 2013 disebabkan
dengan pelaksanaan cukai barangan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga
minyak.
“Kami terpaksa menanggung kenaikan kos
operasi, alat ganti yang semakin mahal malah juga perlu membayar GST
yang dikenakan oleh kerajaan termasuk dalam insurans,” katanya ketika
dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata demikian mengulas
kenyataan SPAD yang membenarkan pengusaha bas menaikkan kadar tambang 10
peratus melebihi daripada kadar biasa.
Tambah Tajuddin, pengusaha daripada
golongan Melayu bumiputra kini merupakan mereka yang paling terkesan
dengan kenaikan kos operasi dalam industri berkenaan.
Jelasnya, pada 80-an dan 90-an dahulu, 80 peratus daripada pengusaha bas ekspres terdiri daripada orang Melayu.
“Tetapi kini situasi tersebut semakin
parah kerana berdasarkan rekod SPAD, daripada 187 syarikat yang
direkodkan hanya 40 sahaja merupakan milik orang Melayu.
“Jadi kerajaan perlu melihat perkara ini
dari sudut yang jauh kerana adalah tidak adil untuk membiarkan kami
menanggung kerugian dan hutang kerana hak kami untuk mendapat kenaikan
tambang terus dinafikan,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan