HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Ogos 2015

Bersih 4.0: PAS tidak kerah ahli, hanya hantar wakil

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Parti itu katanya hanya sekadar menghantar wakil ke perhimpunan.  
 
"Sebaliknya PAS akan menghantar wakil ke perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam aspek sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
 
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambilkira beberapa aktiviti anjuran parti Islam berkenaan yang bertembung dengan tarikh perhimpunan. 
 
"Tarikh berkenaan bertembung dengan siri jelajah munaqasyah ucapan dasar presiden dan perhimpunan istiqamah hingga kemenangan yang berlangsung di negeri-negeri pada setiap Sabtu dan Ahad hinggalah berakhir pada 3 Oktober," katanya.
 
Takiyuddin dalam pada itu menambah, perhimpunan aman untuk rakyat menyuarakan pandangan secara bebas dan tidak provokatif adalah aspek amalan demokrasi yang tidak sewajarnya dihalang.
 
"Namun demikian dalam masa yang sama ketenteraman awam serta kestabilan negara mestilah dijaga dan menjadi tanggungjawab semua pihak," katanya.
 
 

Tiada ulasan: