MALAYSIAKINI
Pemberian kepada seorang penguasa yang mempunyai kaitan dengan
tindakannya serta mengganggu amanahnya dikira sebagai rasuah, kata Mufti
Perlis Datuk Asri Zainul Abidin.
“Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung
dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan
jawatan yang dipegangnya atau tidak.
“Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah.
“Kesan itu sama ada secara langsung atau secara tidak langsung,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika pemberian itu ikhlas atas dasar persabahatan
atau kenalan dan tiada ruang untuk untuk penyalahgunaan kuasa maka ia
hanya berupa hadiah.
“Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa
ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana
kedudukannya, maka itu pasti rasuah,” katanya.
Asri tidak merujuk secara langsung kes tertentu dalam tulisannya di blog hari ini.
Ia bagaimanapun dilihat sebagai panduan umat Islam selepas Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjelaskan dana RM2.6 bilion
yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah
sumbangan penderma.
Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan