MALAYSIAKINI
Derma politik RM2.6 bilion untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
daripada penyokongnya yang percaya kepada Umno bukan jenayah, kata
Khairy Jamaluddin.
Ketua Pemuda Umno itu berkata tiada undang-undang melarang parti politik daripada menerima sumbangan daripada penyokong.
Justeru, katanya, tidak berbangkit persoalan sama ada kemasukan RM2.6 ke dalam akaun peribadi itu jenayah atau bukan.
Khairy berkata, sumbangan politik turut diamalkan pihak lain tidak kira parti politik,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjelaskan dana
RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib
Razak adalah sumbangan penderma.
Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan