MALAYSIAKINI
Pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini
menolak undangan DAP untuk terlibat dalam majlis makan mengutip dana
parti itu.
Anggota
parlimen Kota Belud itu berkata beliau tidak mahu terlibat untuk
mengesahkan kemasukan wang yang banyak ke dalam parti itu.
“Saya tidak mahu jadi sebahagian daripadanya,” katanya kepada pemberita
dalam sebuah acara sambutan hari raya Aidilfitri di Putrajaya hari ini.
Anggota parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng (bawah) pagi ini mengundang Rahman ke majlis makan malam kutipan dana mereka pada 12 Ogos ini di Petaling Jaya.
Undangan itu dibuat atas alasan supaya Rahman “belajar dan menyaksikan sendiri” bagaimana DAP mengumpul dana.
Lim
berkata demikian ketika menjawab dakwaan Rahman bahawa DAP menolak
pembaharuan berkaitan dana pilihan raya kerana bimbang tidak
menguntungkan mereka.
“Kami tidak pernah tolak isytihar dana politik kami,” kata Lim.
Najib, yang juga presiden Umno, baru-baru ini berkata beliau akan
mendedahkan semua sumbangan politik keapda partinya jika pembangkang
mengambil tindakan sama.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagaimanapun berkata partinya tidak
pernah diminta untuk mendedahkan butiran terperinci dana mereka.
1 ulasan:
Baru lepas makan roti canai jibby la tu.
Catat Ulasan