HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Ogos 2015

Rahman Dahlan tolak undangan DAP

MALAYSIAKINI


 


Pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menolak undangan DAP untuk terlibat dalam majlis makan mengutip dana parti itu.

Anggota parlimen Kota Belud itu berkata beliau tidak mahu terlibat untuk mengesahkan kemasukan wang yang banyak ke dalam parti itu.

“Saya tidak mahu jadi sebahagian daripadanya,” katanya kepada pemberita dalam sebuah acara sambutan hari raya Aidilfitri di Putrajaya hari ini.

Anggota parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng (bawah) pagi ini mengundang Rahman ke majlis makan malam kutipan dana mereka pada 12 Ogos ini di Petaling Jaya.

Undangan itu dibuat atas alasan supaya Rahman “belajar dan menyaksikan sendiri” bagaimana DAP mengumpul dana.

Lim berkata demikian ketika menjawab dakwaan Rahman bahawa DAP menolak pembaharuan berkaitan dana pilihan raya kerana bimbang tidak menguntungkan mereka.

“Kami tidak pernah tolak isytihar dana politik kami,” kata Lim.

Najib, yang juga presiden Umno, baru-baru ini berkata beliau akan mendedahkan semua sumbangan politik keapda partinya jika pembangkang mengambil tindakan sama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagaimanapun berkata partinya tidak pernah diminta untuk mendedahkan butiran terperinci dana mereka. 


1 ulasan:

gajimati berkata...

Baru lepas makan roti canai jibby la tu.