shahbudindotcom
Baru-baru
ini Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki menyindir
tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sepanduk "Mana
RM2.6b?" sebaik selesai pembentangan Bajet 2016 dengan mengatakan,
Parlimen kanak-kanak pun tidak berbuat demikian.
Pemimpin
kerajaan pula menyifatkan tindakan itu sebagai kebudak-budakan, sambil
mengingatkan bahawa Parlimen bukannya pentas sarkas.
Sebenarnya
di beberapa negara lain, bahkan termasuk negara maju, membawa sepanduk
untuk menyatakan bantahan atau sokongan terhadap sesuatu perkara, sama
ada di Parlimen atau persidangan antarabangsa, adalah perkara biasa.
Tiada yang pelik dan janggalnya tindakan membawa sepanduk itu, lebih-lebih lagi isu wang RM2,600 juta itu bukanlah perkara kecil kepada negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan