HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Oktober 2015

Banting catat bacaan IPU tidak sihat setakat 1 tengah hari

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kawasan Banting, Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 102 setakat 1 tengah hari ini berbanding bacaan IPU sederhana 72 pagi tadi.
 
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Larkin Lama dan Pasir Gudang di Johor yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pagi tadi kini sederhana dengan masing-masing IPU 100 dan 96.
 
Sebanyak 27 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Pelabuhan Kelang (96); Petaling Jaya (85); Bukit Rambai, Port Dickson, Putrajaya dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 82); Bandaraya Melaka (78); Kota Tinggi (75); Nilai dan Seremban (masing-masing 74) dan Muar (71).
 
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
 
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
 
 

Tiada ulasan: