HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Oktober 2015

Mahkamah benar Najib gantung prosiding saman PKR

 
Keputusan itu bagi mengelak timbul prejudis terhadap Najib dan tiga yang lain seandainya permohonan Perdana Menteri untuk membatalkan saman PKR dibenarkan.


najib-razak,adnan-mansor,mahkamah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk menggantung prosiding kes saman PKR terhadap mereka berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab dalam keputusannya berpendapat, terdapat alasan yang munasabah untuk membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Tengku Adnan.

Ini kerana menurut Mohd. Zaki, jika permohonan itu tidak dibenarkan akan menimbulkan prejudis terhadap Najib dan tiga yang lain seandainya permohonan Perdana Menteri untuk membatalkan saman PKR pada akhirnya dibenarkan.

Najib, Tengku Adnan, syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon supaya prosiding kes saman tersebut digantung memandangkan PKR memohon agar penzahiran dokumen dibuat.

Najib juga memohon supaya pihaknya tidak perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman itu kerana pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk membatalkaan saman kerana PKR tiada locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk membawa tindakan saman itu, lapor Utusan Online

Tiada ulasan: