HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Oktober 2015

Larkin Lama, Pasir Gudang masih catat IPU tak sihat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih dengan hanya dua kawasan iaitu di Larkin Lama dan Pasir Gudang, Johor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini. 
 
Larkin Lama mencatatkan bacaan IPU 105 manakala Pasir Gudang 102. 
 
Mengikut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 27 kawasan mencatatkan IPU sederhana.
 
Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Bukit Rambai (83), Kota Tinggi (80), Bandaraya Melaka (78), Banting dan Pelabuhan Klang (masing-masing 72), Seremban (71), Muar dan Nilai (masing-masing 70), Samarahan (63) dan Sri Aman (62). 
 
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). 
 
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
 
 

Tiada ulasan: