TAPAH: Laluan antara Tapah dan Gopeng di Kilometer 311 Lebuhraya Utara
Selatan ditutup kedua-dua hala selepas treler yang membawa tangki gas
petroleum cecair (LPG) mengalami kebocoran pada tengah hari Rabu.
Menurut pemandu treler yang ditugaskan untuk membawa tangki tersebut,
dua injap keselamatan pada tangki itu mengalami kebocoran gas.
Sehingga keadaan dapat ditangani, semua pengguna jalan raya dikehendaki
melalui susur keluar Gopeng atau Tapah bagi meneruskan perjalanan
mereka.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis menutup lebuh raya bagi
kedua-dua hala bagi membolehkan melepaskan tangki LPG berkenaan.
Injap keselamatan tidak dapat diperbaiki di tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan