KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan
gagal memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan, sebelum menganjurkan
perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan
boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 di bawah Seksyen 9(5) akta sama
sekiranya sabit kesalahan.
Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000
tanpa deposit. Beliau juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 11
Disember.
Maria didakwa gagal memberikan notis untuk perhimpunan 34 jam dari 29
hingga 30 Ogos itu yang menggesa pembaharuan demokrasi dilakukan dan
peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung
dakwaan skandal kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan