HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 November 2015

Peguam Negara nafi DPP di SPRM dipindahkan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali menafikan dakwaan bahawa timbalan pendakwa raya (DPP) di bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua (SPRM) dipindahkan.
 
Ahmad Shazalee Abdul Khairi berkhidmat di bahagian yang meneliti SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
 
“Saya sudah semak.
 
“Berita kamu berkaitan DPP yang dikatakan dipindah keluar daripada SPRM adalah palsu,” katanya yang dipetik Malaysiakini.
 
Apandi ditanya kenapa Ahmad Shazalee kenapa beliau dipindahkan secara tiba-tiba.
 
Tweet Pejabat Peguam Negara (AGC) malam ini menyebut:
 
“AGC menjelaskan bahawa tiada arahan pemindahan kepada DPP Shazalee Abdul Khairi keluar daripada SPRM.”
 

Tiada ulasan: