HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 November 2015

MENTERI LALOK

shahbudindotcom

 


 
 
Ramai kawan-kawan meminta saya menulis berkenaan kenyataan terbaru menteri yang seorang ini mengenai tol yang dianggap suatu penghinaan kepada rakyat.

Hakikatnya ramai wargakota yang setiap hari keluar rumah untuk ke tempat kerja sebaik saja selepas Subuh semata-mata untuk mengelakkan kesesakan, tetapi seringkali terperangkap juga kerana terlibat dengan urusan lain seperti menghantar isteri ke pejabat dan anak-anak ke sekolah.

Soalnya, apakah menteri berkenaan mahu wargakota keluar ke tempat kerja seawal pukul 3 atau 4 pagi setiap hari?

Selain itu, adakah semua jalan bertol mempunyai jalan alternatifnya? Dari pusat bandar Kuala Lumpur ke Putrajaya misalnya, mana jalan alternatif tanpa tolnya?

Ulasan saya mudah saja - kalau beginilah cara berfikir dan melayan rungutan rakyat oleh seorang menteri yang bertaraf Pengarah Komunikasi Strategik BN, lebih baiklah dilantik budak-budak lalok yang jaga parking di sekitar Chow Kit sebagai anggota kabinet.

Dua kali lima dan lebih kurang saja cara berfikirnya. 


Tiada ulasan: