HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 November 2015

Najib: SRC tak perlu kelulusan saya untuk transaksi utama

MALAYSIAKINI


 


SRC International tidak memerlukan kelulusan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum menjalankan sebarang transaksi utama.

Dalam jawapan bertulis di parlimen, Najib, dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan, berkata bagaimanapun kelulusannya diperlukan bagi pelantikan dan penamatan pengarah serta pengurusan tertinggi syarikat.

Kelulusan bertulis perdana menteri juga diperlukan untuk meminda Memorandum dan Artikel (M&A) SRC.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) sama ada SRC memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri berhubung transaksi utamanya.

Pua juga ingin tahu sama ada SRC membayar RM40 juta dan RM10 juta kepada Ihsan Perdana melalui anak syarikatnya Gandingan Mentari pada Disember 2012 dan Februari 2013.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain masih lagi menjalankan siasatan ke atas perkara ini.

“Justeru itu, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini agar tidak mengganggu siasatan tersebut," kata Najib.

SRC, Ihsan Perdana, dan Gandingan Mentari semuanya disebut dalam laporan akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan bahawa wang RM42 juta berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku


Tiada ulasan: