shahbudindotcom
Berikutan
kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang menyatakan parti itu tidak
ingin merebut kuasa, sebaliknya hanya mahu menasihati BN menjadi
pemerintah yang lebih baik, khususnya berkaitan 1MDB, cukai GST,
perumahan dan kejatuhan nilai ringgit, pelbagai reaksi boleh lantas
kedengaran.
Rata-rata
bukan saja tidak percaya Pas berkemampuan berbuat demikian, malah lebih
tidak percaya UMNO dan BN mahu mendengar nasihat daripada parti itu.
Dalam
masa yang sama, belum kedengaran lagi reaksi positif daripada pemimpin
utama UMNO dan kerajaan berhubung tawaran Pas untuk memberikan nasihat
itu dan ini menandakan seolah-olah ia tidak penting untuk diberi
pertimbangan.
Dalam
sekian banyak reaksi dan pandangan itu, apa yang dilontarkan oleh Raja
Kamarul Baharin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, paling munasabah
untuk difikirkan bersama.
Beliau
yang kini sudah menyertai Amanah, sama sekali tidak yakin kerajaan BN
akan mendengar nasihat Pas kerana nasihat daripada Majlis Raja-Raja yang
mahu masalah 1MDB diselesaikan segera pun tidak diendahkan sehingga
sekarang.
"Majlis
Raja-Raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya
sesuatu tindakan diambil kerajaan dalam menangani masalah besar ekonomi
dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan berkaitan 1MDB.
"Sehingga
ini tiada apa-apa kenyataan dan tindakan daripada kerajaan. Apakah Pas
merasakan pengaruh mereka ada lebih besar berbanding Majlis Raja-Raja
terhadap kerajaan?" soal beliau.
Harus
diakui, dalam situasi politik semasa, memang UMNO berharap dapat
mengikat Pas untuk kepentingannya mengekalkan kuasa. Tetapi UMNO hanya
mahu mempergunakan Pas saja, bukan ingin mendengar apa-apa nasihat
daripadanya.
Jika Pas berharap dengan berbaik itu dapat menjadikannya berperanan sebagai penasihat kepada UMNO dan kerajaan, lupakan sajalah.
Selain
itu, bukan menjadi rahsia lagi bahawa penasihat utama kerajaan ialah
Apco yang dilantik dan dibayar lumayan oleh kerajaan sebaik Najib
mengambil alih teraju kerajaan pada 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan