Selain Ahli Parlimen DAP Tony Pua, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga adalah pengkritik lantang syarikat pelaburan negara 1MDB yang kini sarat hutang.
Tetapi apabila ditanya sama ada beliau bersedia menggantikan Pua dalam perdebatan dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy, Ahli Parlimen Pandan itu memberi jawapan yang lucu.
"Tidak begitu (berharap untuk berdebat dengannya), Kami botak, tak baik kami muncul di TV," katanya kepada pemberita di Parlimen.
Arul Kanda yang menerajui syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu adalah botak manakala Rafizi pula menghadapi masalah keguguran rambut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan