Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung syarikat yang sarat hutang itu.
"Kalau dibenarkan debat itu seolah-oleh debat itu lebih penting daripada PAC. Dan jika debat ini dibenarkan, jangan ada PAC biarkan debat sahaja, tidak guna ada jawatan kuasa (parlimen).
"Kalau kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam hal ini.
"Dan saya dengan segala sukacitanya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau itu juga diteuskan.
Pendirian saya adalah jelas," katannya.
Sebelum itu, Pandikar membuat keputusan dengan mengarahkan Pua meletakkan jwatan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau tidak terlibat dengan mana-mana siasatan atau prosiding berhubung skandal itu.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon beliau terhadap laporan media berhubung rancangan untuk mengadakan perdebatan antara Arul dan Pua berhubung skandal 1MDB.
Keputusan speaker itu dibuat selepas tamat sesi soal jawab soalan lisan, yang diturut mengundang pertanyaan panas dari kalangan anggota parlimen pembangkang DAP dan PKR.
Perisai Eksekutif
Ia sebagai respon kepada soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang bertanyakan kepada speaker sama ada kerajaan ada berbincang denganya sebelum beliau membuat pendirian berhubung debat Arul-Pua itu.
"Saya nak tanya sama ada pihak eksekutif berbincang dengan speaker sebelum membuat pendirian ini. Saya tidak mahu nanti jawatan speaker diheret dalam perkara ini. ia nampak seolah-oleh mereka nak debat tetapi akhir buat speaker buat keputusan dan syarat.
"Saya takut speaker menjadi seolah-olah perisai kepada eksekutif. Saya nak tanya sama ada pihak eksekutif minta pandangan speaker sebelum mereka membuat (pendirian debat secara langsung) ini, kerana bagi saya ia sebagai satu strategi oleh pihak kerajaan," kata Loke.
Bagaimanapun Pandikar berkata beliau cuma menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai speaker sepertimana tugas yang dilaksanakan oleh eksekutif untuk mentadbir negara dan bertanggungjawab kepada parlimen.
"Dalam hal ini saya terpaksa menjalankan tugas sebagai speakar iaitu saya tidaak boleh membenarkan perbahasan di atas isu 1MDB antara (MP) Petaling Jaya Utara dan Arul Kanda Kandasmy kerana Jawatankuasa PAC sedang menyiasat.
"Jadi penyiasatan harus diteruskan mengikut peraturan mesyuarat. Saya nampak lebih penting PAC menyiasat bukan secara berbahas. Berbahas tidak mempunyai kesimpulan. Yang dibenarkan perlu disiasat adalah PAC yang boleh panggil saksi tertentu," katanya.
Debat antara Pua dan Arul Kanda sekiranya menjadi kenyataan akan disiarkan secara langsung di saluran rasmi kerajaan RTM pada Jumaat, 6 November, bermula jam 9 hingga 10 malam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dilapor berkata berkata pengendali untuk acara itu akan dilantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan