HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 November 2015

Pua tak patut cakap pasal 1MDB lagi, kata bos PAC

Zikri Kamarulzaman 





Ketua Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata Ahli Parlimen Pua tidak lagi sepatutnya bercakap secara terbuka mengenai skandal 1MDB yang sarat hutang.

Menurut Hasan, ini berdasarkan arahan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata Pua mesti sama ada berhenti daripada menganggotai PAC atau tidak terbabit dengan siasatan jika beliau mahu berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung syarikat pelaburan negara itu.

“Nampaknya arahan oleh speaker sebegitu, (jadi) Tony (Pua) tidak patut bercakap pasal 1MDB,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hasan berkata ini termasuk kenyataan-kenyataan berhubung syarikat pelaburan negara itu.

Tiada ulasan: