HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 November 2015

'Saya macai Malaysia, tak boleh dibeli'

MALAYSIAKINI


 


Keadaan serba tidak kena buat pendebat terbaik Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam menyuarakan pandangannya berkaitan isu semasa.

Mahasiswa undang-undang itu berkata, apabila mengkritik kerajaan beliau digelar “macai pembangkang” dan bila mengkritik pembangkang berdepan gelaran “macai BN” pula.

“Saya bukan macai mana-mana parti politik. Jika ada pun, saya 'macai rakyat Malaysia'.

“Tiada sesiapa boleh beli jiwa saya,” katanya di Facebook, yang turut memperkenalkan hashtag baru ‪#‎SayaMacaiMalaysia‬.

Katanya tiada parti politik yang sempurna dan tiada parti politik yang patut terlepas daripada penelitian awam.

“Mari kita berhenti kotak-kotakkan rakyat Malaysia.

“Marilah berhenti golongkan sewenang-wenangnya seseorang dalam sebuah kota politik, kecuali kotak-kotak itu memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Syed, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), semalam mengkritik sikap DAP dalam isu cabaran debatnya dengan presiden 1MDB Arul Kanda Kandsamy.


Tiada ulasan: