HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 November 2015

Siapa kata lawan kerajaan tiada masa depan?

Siapa kata lawan kerajaan tiada masa depan?
Sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Foto Sinar Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
 
 
PETALING JAYA -  Dua Aktivis mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) hari ini mengumumkan penyertaan mereka menyertai PKR.

Mereka adalah bekas Presiden Pro-Mahasiswa UM, Fahmi Zainol ‎dan rakannya iaitu Adam Fistival Wilfrid.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini, Fahmi berkata, penyertaan dia di dalam PKR,  bagi membuktikan 'sesuatu' ‎kepada masyarakat.

‎"Saya percaya dengan menyertai PKR saya ingin membuktikan yang orang muda seperti saya yang pernah berbeza pandangan dengan kerajaan serta pihak UM mampu berjaya satu hari nanti insya-ALLAH.

 "Dalam masa yang sama,saya juga ingin ketepikan dogma masyarakat kononnya anak muda yang berbeza pandangan dengan universiti dan kerajaan tiada masa hadapan," katanya dalam sidang medianya yang turut dihadiri oleh pimpinan kanan PKR, hari ini.

Mengulas lanjut, penyertaannya dalam PKR, Fahmi berkata, tindakannya itu  kerana terpanggil untuk sama-sama bersuara dalam satu medan politik bagi membawa keluhan masyarakat.

"Saya rasa dengan keadaan semasa yang semakin kabur dengan keadaan universiti yang dipotong bajet, krisis -krisis  di UiTM, Mara dan pelbagai lagi keadaan menyebabkan  saya terpanggil untuk menyertai badan politik yang sah untuk saya memperjuangkan khususnya isu orang muda," katanya.

Sementara menurut Adam pula, penyertaannya dalam PKR, kerana melihat ada perkara yang tidak kena dengan kerajaan pada masa kini.

‎"Pada mulanya saya tidak pernah terfikir untuk memasuki PKR, tetapi kerana keadaan yang memaksa menjadikan saya sudah tidak tahan kerana  jika kita dapat lihat segala ilmu yang saya pelajari sejak dahulu sudah bercanggah dengan prinsip kerajaan sekarang iaitu dalam soal kejujuran, amanah dan tadbir urus yang baik," katanya.

Untuk rekod pada Oktober 2014, Fahmi telah didenda sebanyak RM600 serta digantung dua semester kerana didapati bersalah melanggar undang-undang UM, sementara Adam juga turut dikenakan tindakan oleh pihak UM.

‎Dalam sidang media itu, Ketua Angkatan Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Fahmi akan dilantik sebagai Ketua Biro Mahasiswa PKR yang baharu.


Tiada ulasan: