HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 November 2015

Zahid tidak tahu sekatan media pada AGM Umno

Alyaa Azhar


 


Kepimpinan tertinggi Umno dilihat tidak mengetahui sekatan terhadap media untuk membuat liputan Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih belum membawa perkara itu ke Majlis Tertinggi.

"(Perkara) itu di luar maklumat kami," kata timbalan perdana menteri ketika diminta mengulas perkara itu dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ditanya mengenai khabar angin bahawa skrin besar juga tidak disediakan untuk pemerhati, Zahid berkata mereka juga belum dimaklumkan mengenai perkara tiu.

Tengku Adnan hari ini mendakwa keputusan itu, yang pertama seumpamanya, kerana portal berita dalam talian mempunyai kecenderungan untuk memutar-belitkan berita.

Beliau juga berkata pihaknya masihi mempertimbangkan untuk membenarkan liputan ucapan perasmian dan penutup Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tidak benarkan media berlegar merata-rata. Kita tidak akan pancar apa yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kepada televisyen litar seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, sebarang perkembangan dan maklumat berkenaan perhimpunan itu hanya akan disampaikan oleh Zahid dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi sidang akhbar harian.

Perhimpunan Agung Umno tahun ini yang diadakan pada 8 hingga 12 Disember, hadir sewaktu Najib berdepan tekanan yang kuat daripada akar umbi Umno.


Tiada ulasan: