KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Isnin mengesahkan
semua pembayaran kepada Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) di
bawah kontrak pembinaan penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur
adalah terkini dan tiada jumlah tertunggak.
Dalam kenyataan, 1MDB berkata ia telah menyelesaikan semua faedah
hutang kewangan dan bayaran prinsipal apabila tiba masanya walaupun
melalui tempoh yang mencabar pada 2015.
Syarikat itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan oleh Naib Presiden
PKR Rafizi Ramli berkaitan kontrak antara 1MDB dan PPHM, anak syarikat
milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Kami menggesa Rafizi supaya menghentikan usaha tidak bertanggungjawab,
terdesak dan bermotifkan politik itu yang secara salah mengaitkan 1MDB
dalam perkara sedemikian," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan