HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mac 2016

Agenda WSJ untuk rosakkan reputasi Najib - Zahid

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan The Wall Street Journal (WSJ) mengulangi tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lain hanya untuk merosakkan reputasi beliau. 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau yakin WSJ bertindak berdasarkan agenda yang sudah ditetapkan bagi memburukkan Perdana Menteri. 
 
"Sudah tentu ada tujuan tertentu dan hanya mereka (WSJ) yang tahu. Mereka ulang tuduhan tanpa fakta kukuh walaupun perkara itu sudah diperjelas Peguam Negara dan kenyataan rasmi dikeluarkan 1MDB," katanya. 
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 anjuran bersama CUEPACS dan ANGKASA di sini, hari ini. 
 
Ditanya mengenai tindakan terhadap WSJ, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk diteliti.
 
WSJ dalam pendedahan terbarunya mendakwa penyiasat antarabangsa mendapati lebih USD1 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib yang dipercayai datangnya daripada beberapa syarikat yang berkaitan 1MDB.
 
 

Tiada ulasan: