HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Mac 2016

Kerajaan nafi 1MDB hutang RM2.7b bagi projek Bandar Malaysia

SINAR HARIAN


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan dakwaan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang 1MDB berhutang mereka RM2.7 bilion untuk projek Bandar Malaysia.
 
Pua meminta Kementerian Kewangan menyatakan sebab kerajaan tidak menuntut sebanyak RM1.6 bilion bagi penjualan tanah Bandar Malaysia kepada 1MDB dan RM1.1 bilion untuk pemindahan dan penaik-tarafan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi.
 
Pua berkata, 1MDB akan menerima RM2.7 bilion daripada konsortium Iskandar Waterfront (IWC) yang membeli kepentingan dalam Bandar Malaysia.
 
Dalam jawapan bertulis Parlimen, Kementerian Kewangan bagaimanapun berkata fakta pemimpin DAP itu adalah tidak tepat.
 
Pertama, katanya, daripada RM2.7 bilion untuk penempatan semula dan menaik taraf untuk kemudahan yang akan ditempatkan di Bandar Malaysia, RM1.1 bilion adalah ditanggung oleh kerajaan.
 
Selebihnya, kata jawapan itu, telah ditolak daripada RM12.35 bilion yang diperolehi daripada penjualan tanah Bandar Malaysia kepada IWC dan China Railway Engineering Corporation (CREC).
 
"Oleh itu, tiada lebihan nilai yang perlu dipulangkan kepada mana-mana pihak," kata Kementerian Kewangan.
 
Tanah Bandar Malaysia telah dijual kepada IWC dan CREC sebagai sebahagian daripada usaha untuk menutup hutang RM42 bilion 1MDB.
 
 

Tiada ulasan: