HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Mac 2016

Mahathir senang terpengaruh dengan luaran seseorang, kata Zam






PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad senang terpengaruh dengan karisma dan ketrampilan seseorang, kata wartawan veteran Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam), dan ‘kelemahan’ itu akhirnya memakan diri.

Mengimbau hubungannya dengan bekas Perdana Menteri itu sepanjang penglibatan beliau dalam akhbar Utusan Melayu, Zam berkata telahannya terbukti benar kerana Mahathir membuat silap dalam menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

“Saya pernah kata kepadanya, ‘silap besar you bawa Anwar ke dalam Umno’.

“Tun kata mana dia tahu perangai Anwar macam tu,” kata bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu ketika wawancara di kafe miliknya, Zam Newsroom Cafe, di sini kelmarin.

Bercerita mengenai kesilapan Mahathir, Zam berkata Anwar seorang ahli politik yang akan menggunakan apa sahaja peluang untuk mengangkat diri sendiri.

Zam mendakwa Anwar pernah menghasut pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar menunjuk perasaan membantah konsert Sudirman pada 1985, hanya kerana mahu menunjukkan beliau “masih orang ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)”, selain mencipta pembohongan tentang kebuluran di Baling, Kedah.

“Logiknya, adakah di Malaysia boleh mati kebuluran?” ujar Zam, yang turun ke tempat kejadian sebagai wartawan menemui polis, doktor, ketua UMNO kawasan dan mencari si mati kebuluran. Zam mendakwa akibat daripada cerita itu komunis keluar dari hutan untuk membantu orang kampung.

“Mahathir senang terpengaruh dan percaya kepada orang yang karismatik, dia lihat Anwar (yang berkarisma),” jelas Zam.

“Sedangkan saya lebih kenal Anwar.”

Tentang Najib pula, Zam berkata: “Dia (Mahathir) tengok Najib nampak cerdik, handsome (segak), dia pilih Najib berbanding Muhyiddin.”

“Itulah kelemahan Mahathir. Dia senang terpengaruh,” katanya lagi.

Tiada ulasan: