DETIK DAILY
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan meninggalkan Umno dan terus menjadi lebih
lantang menentang Datuk Seri Najib Razak walaupun sudah dilucutkan jawatan sebagai orang nombor 2 parti.
Muhyiddin berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan dipecat keahlian daripada Umno kerana bekas timbalan perdana menteri itu hanya menyatakan kebenaran demi kepentingan parti
"Saya tidak takut dengan sebarang ugutan, malah saya akan jadi lebih lantang," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin turut mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu kerana individu yang sebenarnya menjadi masalah utama kepada Umno masih lagi berkuasa dan tidak dikenakan sebarang tindakan.
"Mengapa Majlis Tertinggi berdiam diri terhadap kesalahan dilakukan presiden parti. Mengapa ambil tindakan ke atas saya?
"Saya akan terus bercakap demi mendapatkan kebenaran," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan