HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Mac 2016

Pakatan Harapan anjur himpunan Anti-GST 2 April

Oleh Nadia Hanafi


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan himpunan Anti-GST di ibu negara, 2 April ini sempena setahun kerajaan mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada poket rakyat.

Kerajaan sehingga Disember 2015 meraih kutipan RM30 bilion sejak GST 6 peratus diperkenalkan pada 1 April tahun lalu.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pendirian Pakatan Harapan jelas menentang cukai itu yang membebankan seluruh rakyat.

tolak GST

“Oleh kerana 1 April makin hampir, bermakna satu tahun genap GST dilaksanakan, jadi PH akan menganjurkan himpunan Anti-GST pada 2 April di sebuah tempat akan kita maklumkan di Kuala Lumpur.

“Ini merupakan komitmen berterusan Pakatan Harapan yang turut terkandung dalam Belanjawan Alternatif kami, malah pendirian kami konsisten menolak GST sejak dulu lagi,” tegasnya pada sidang media pengumuman itu di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.

Hadir sama, Ahli-ahli Majlis Setiausaha Pakatan Harapan antaranya Antony Loke mewakili DAP dan Dr Hatta Ramli dari Amanah.

Untuk rekod, kira-kira 10,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka 1 Mei tahun lepas bagi membantah pelaksanaan GST kerajaan.

Perhimpunan itu diketuai Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim, yang ketika itu belum lagi dihukum penjara angkara fitnah kerajaan.

Tiada ulasan: